MAAF,,,
Mungkin kata yg tiada ertinya,
Mungkin juga tiada makna
sekadar satu perkataan MAAF...
Cukup!!hanya itu shja??
Tp bagi hati2 yg memahami
apa erti sebenar sebuah keMAAFan...
mungkin berbeza...
MAAF,
satu kata penuh makna..,
cukup mendalam...
justeru,jgn kau ucapkan MAAF itu,
andai ia sekadar satu kata
yg terbit dr bibir yg sering dianiaya
dek bisikan syaitan durjana...
Ungkapkanlah,
rasa MAAF itu dr lubuk hati paling dalam di sanubari,
bkn kerana asbab2 tertentu,
ats dasar kepentingan diri,
biarlah rasa MAAF itu,
diselaputi keikhlasan jiwa,
diiringi dgn ketulusan hati,
moga keMAAFan itu,
bisa menyucikan diri yg lemah lagi hina ini....
p/s : Mohonlah kemaafan...
selagi nafas masih bisa berhembus,
selagi bibir mampu mengungkapkan kata,
dan selagi kaki mampu melangkah KERANA
penyelesaian dan perbicaran di akhirat,
amatlah panjang...
TIPS muffin sedap
13 years ago


No comments:
Post a Comment