Tuesday, 10 May 2011

~Jangan Tangisi Jika Cinta Itu Tidak Lagi Bermaya~

... Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta ...


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya...

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?








Saturday, 7 May 2011

Mengapa Masakan Ibu Paling Sedap?

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.
Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.

Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:
"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."


p/s : sy suka mkn NASI LEMAK ibu sy~
ngeee~~

Monday, 2 May 2011

kebaikan buah PISANG!

PISANG!

Menurut kajian daripada Swedish, wanita yang makan pisang empat atau lima kali dalam seminggu mungkin boleh mengelakkan kanser buah pinggang berbanding mereka yang tidak pernah makan buah ini.

PISANG DAN KESIHATAN

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang TIDAK SESUAI bagi pesakit KENCING MANIS. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah TINGGI. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)